Terma & Syarat Rakan Niaga Goberrich
Choberrich · Muar, Johor · WhatsApp 010-305 1910 · Dikemas kini 3 November 2026
Halaman ini untuk rujukan. Salinan yang ditandatangani semasa taklimat ialah versi yang mengikat.
1. Produk dan harga
- Set sempurna — Strawberry Melys 230g + Sos Coklat Velcho 60g = RM25
- Strawberry sahaja (tanpa sos) = RM20
- Harga ditetapkan HQ. Goberrich tidak dibenarkan menjual lebih atau kurang.
- Kawasan operasi: Muar, Pagoh, Merlimau, Tangkak, Bukit Gambir. Di luar kawasan perlu kelulusan HQ.
- Cas COD: RM5 bagi setiap penghantaran — 100% milik Goberrich.
2. Sistem stok 10 set
- Stok diambil dalam kelompok 10 set. Stok kekal milik Choberrich sehingga dijual dan wang diserahkan.
- Selepas 10 set habis dijual, Goberrich wajib menyerahkan RM250 kepada HQ.
- HQ merekod, membayar komisen, dan selepas itu mengeluarkan 10 set baharu.
- Stok baharu tidak boleh diambil sebelum serahan wang kelompok sebelumnya selesai.
- Serahan terakhir setiap hari: sebelum 11:30 malam.
3. Pendapatan Goberrich
| Komponen | Jumlah | Milik |
|---|---|---|
| Komisen kelompok (10 set sempurna) | RM50 | Goberrich |
| Komisen kelompok (10 set strawberry sahaja) | RM40 | Goberrich |
| Cas COD | RM5 / penghantaran | Goberrich 100% |
| Tip pelanggan | Ikut pelanggan | Goberrich 100% |
| Wang jualan produk | RM25 / set | Diserahkan kepada HQ |
Wang jualan sepenuhnya milik HQ. Goberrich mesti menyerahkan 100% wang jualan yang dikutip — bukan jumlah setelah ditolak komisen. Komisen dibayar oleh HQ secara berasingan dan serta-merta selepas serahan lengkap. COD dan tip tidak perlu diserahkan kepada HQ.
4. Bonus RM1,300
- Setiap 520 set sempurna (strawberry + sos) terkumpul = RM1,300.
- Kiraan berterusan tanpa had masa dan dibawa ke bulan berikutnya.
- Bonus dikreditkan ke akaun bank apabila 520 set dicapai. Kaunter bermula semula dari sifar.
- Strawberry sahaja (tanpa sos) tidak dikira.
5. Baki stok dan rantaian sejuk
- Baki stok wajib dipulangkan kepada HQ pada hari yang sama, sebelum 11:30 malam.
- Stok mesti disimpan pada suhu 2–4°C sepanjang masa dipegang.
- Baki yang dipulangkan dalam keadaan panas, lembik, lebam teruk atau berbau bukan pulangan — ia pelanggaran rantaian sejuk dan kosnya ditanggung Goberrich.
- Baki yang dipulangkan dalam keadaan baik tidak dikenakan bayaran.
6. Deposit kit dan deposit stok
Deposit kit — RM150 (sekali sahaja)
- Isi kit: beg produk, tray, toothpick, 4 ice pack, beg plastik. Kos sebenar kit RM103.
- RM150 = RM103 kos kit + RM47 buffer untuk barang hilang atau rosak.
- Dikembalikan apabila Goberrich berhenti secara teratur, memulangkan kit lengkap dan menyelesaikan semua baki.
Deposit stok — RM25 setiap set
- Deposit menentukan bilangan maksimum set yang boleh dipegang pada satu masa.
- RM100 → 4 set · RM250 → 10 set · RM500 → 20 set · RM1,000 → 40 set.
- Deposit tidak berkurang setiap pusingan. Ia jaminan, bukan bayaran.
- Bila stok habis dijual dan wang diserahkan, komisen RM5 setiap set dibayar serta-merta dan deposit yang sama membolehkan Goberrich mengambil stok baharu.
- Untuk menambah bilangan set yang boleh dipegang, tambah deposit secukupnya.
- Stok rosak dipotong daripada deposit mengikut harga jualan RM25 setiap set. Baki deposit menentukan had pengambilan seterusnya.
- Deposit stok dipulangkan apabila Goberrich berhenti secara teratur dan menyelesaikan semua baki.
Contoh kos mula paling minima: deposit kit RM150 + deposit stok 4 set RM100 = RM250.
- Deposit melindungi stok Choberrich yang dipegang oleh Goberrich.
- Jika permohonan ditolak, deposit dipulangkan dalam 7 hari bekerja.
- Jika berhenti secara teratur, memulangkan kit dan menyelesaikan semua baki, deposit boleh dituntut balik dalam 14 hari bekerja.
7. Tanggungjawab Goberrich
- Menjual pada harga rasmi dan tidak mengubah harga.
- Menjaga kualiti dan suhu produk sepanjang masa.
- Menyerahkan wang jualan mengikut jadual yang ditetapkan.
- Memulangkan baki stok pada hari yang sama.
- Menggunakan lesen memandu dan kenderaan yang sah.
- Memberitahu HQ dengan segera jika berlaku isu produk, kemalangan atau kehilangan stok.
8. Kerahsiaan
- Goberrich tidak boleh mendedahkan atau menggunakan untuk diri sendiri: resipi dan proses produk, maklumat pembekal, struktur kos dan margin, senarai pelanggan serta senarai rakan niaga.
- Kewajipan ini kekal 3 tahun selepas berhenti.
9. Pelanggaran dan akibat
- Lewat serah wang jualan — amaran; jika berulang, akaun digantung dan kelayakan bonus bulan itu terbatal.
- Tidak memulangkan baki stok — kos stok ditolak daripada deposit.
- Menjual di luar harga rasmi — amaran; jika berulang, akaun ditamatkan.
- Mencemarkan produk dengan sengaja atau memalsukan rekod — akaun ditamatkan serta-merta dan deposit dirampas.
10. Penamatan
Mana-mana pihak boleh menamatkan kerjasama dengan notis 3 hari. Sebelum penamatan disahkan, Goberrich mesti memulangkan semua stok yang belum dijual, menyelesaikan baki wang jualan, dan memulangkan kit. Deposit dipulangkan selepas semakan selesai.
11. Dasar privasi
Choberrich mengumpul maklumat berikut apabila anda menghubungi kami atau memohon menjadi Goberrich: nama, nombor telefon, kawasan, alamat e-mel (jika diberi), dan — bagi pemohon Goberrich — nombor kad pengenalan serta maklumat bank untuk pembayaran.
- Tujuan: memproses tempahan, penghantaran, pembayaran, dan permohonan rakan niaga.
- Penyimpanan: sepanjang tempoh kerjasama dan sehingga 7 tahun selepas itu untuk tujuan rekod perniagaan dan cukai.
- Perkongsian: data tidak dijual atau dikongsi dengan pihak ketiga, kecuali bila dikehendaki oleh undang-undang.
- Hak anda: anda boleh meminta salinan, pembetulan, atau pemadaman data dengan menghubungi saleschoberrich@gmail.com.
12. Pengesahan kefahaman
Semasa taklimat, pemohon menandakan setiap perkara berikut:
- Saya faham saya hanya dibayar RM50 bagi setiap 10 set yang dijual dan diserahkan.
- Saya faham bonus RM1,300 hanya dibayar apabila cukup 520 set sempurna.
- Saya faham jika saya berhenti pada 500 set atau kurang, bonus hangus sepenuhnya.
- Saya faham baki stok mesti dipulangkan pada hari yang sama dan kekal sejuk.
- Saya faham wang jualan mesti diserahkan sebelum 11:30 malam.
- Saya faham saya tidak boleh mendedahkan resipi, pembekal atau margin Choberrich.
Choberrich · Muar, Johor · WhatsApp 010-305 1910 · saleschoberrich@gmail.com